Akil(Redza Minhat),seorang lelaki bermasalah
dia dah lakukan segala benda untuk bunuh diri
pasang asap ekzos dalam kereta,terjun bagunan,kelar tangan dan minum klorox
tetapi usahanya tidak berjaya
namun,pada suatu hari dia ternampak satu flyer
flyer tentang syarikat yang menawarkan khidmat untuk membantu
membunuh diri,jadi Akil pergi ke syarikat itu (Life Action Bureau) dan berjumpa konsultan
yang bertugas.jadi Akil telah mengikat kontrak yang dia akan dibunuh
oleh agen atau kontraktor yang bertugas namun masa dan siapa yg
akan melakukannya tidak ketahui.
segala-galanya berubah apabila Akil bertemu dengan Zara(Cristina Suzanne)
Akil telah merasakan bahawa hidupnya telah sedikit berubah dan
kembali bersemangat,mereka berdua sering keluar bersama
dan terdapat beberapa babak yang manis.
namun,Akil dapat mengetahui bahawa Zara adalah seorang agen
dan kontraktor dari Life Action Bureau(LAB).Akil begitu kecewa dengan Zara
Zara mengakuinya namun dia tidak mengambil kes Akil,agen lain yang ambil
Akil tidak percaya dan Zara terus meninggalkan Akil
suatu malam Akil berehat di rumah,dan didatangi seorang agen
yang akan melaksanakan kes diberi,tetapi Akil
tidak bersedia untuk mati dan menyesal kerana
mengikat kontrak dengan LAB.
agen itu mahu menembak Akil,namun sebenarnya
pistol itu palsu.sebenarnya syarikat LAB
bukan menawarkan bantuan untuk membunuh diri,namun untuk
memberi pengajaran bahawa bunuh diri adalah
bukan jalan terbaik,jadi Akil hidup dengan aman
dengan kehadiran Zara
sewaktu awal jumpa

